7/14/2009

Tahajud sembuhkan pelbagai penyakit


Sembahyang Tahajud adalah amalan sunat yang utama di sisi Allah SWT.

Penemuan baru ini dibuat oleh Prof Dr Mohammad Sholeh ,seorang pakar Psiko-Neuroimunologi merangkap pensyarah Dekan Fakulti Agama Islam Surabaya. "Solat Tahajud" dapat sembuhkan kanser katanya.

Menurutnya,seseorang yang melakukan tahajud dengan khusyuk, perlaksanaan yang tepat dan dilakukan secara berterusan, maka akan mewujudkan perubahan dalam diri.

Di dalam tubuh kita terdapat sistem Imun(pertahanan diri). Sistem ini berfungsi melindungi kita daripada patogen(parasit yang boleh mendatangkan penyakit) dan toksin(racun). Udara yang kita hirup ini kelihatan bersih akan tetapi sebenarnya terdapat banyak virus. Seandainya Allah tidak menciptakan sistem imun , manusia akan meninggal dunia sejak kecil lagi.
sel Makrofag

Sistem imun kajian beliau terdapat 9 bentuk. Antaranya hormon kortisol, eosinofil,neotrofil,sel K, basofil, Makrofag, dan Immunoglobulin.(IgA, IgG, IgM, IgD,IgE). Darah kita merah. Kalau diambil dan diberi reagent ,warna boleh berubaha dan bentuk berbeza. Perubahan dan perbezaan ini menunjukkan fungsi yang berbeza. Terdapat sel Makrofag berfungsi untuk memakan cell lain yang tidak normal.

Menurut Soleh, dalam keadaan jiwa yang tidak tenteram seperti menghadapi anak yang nakal, isteri yang curang atau kerja yang bertimbun, dalam keadaan tertekan seperti ini,jika gambar otak diambil , tekstur akan nampak kacau.

Namun ,sekiranya mengamalkan solat Tahajud dengan ikhlas, hormon-hormon yang ada pada badan akan bergerak normal dan tenang. Jadi jika makrofag tidak seimbang dalam tubuh, ia akan datang bahaya. Malah dalam hal ini, seseorang itu akan mengalami masalah kanser. Tetapi jika seseorang itu solat Tahajud, daya tahan tubuh meningkat dan boleh terhindar dari serangan penyakit. Selama ini,menurut Soleh, tahajud dianggap hanyalah ibadah tambahan atau solat Sunnat, padahal jika dilakukan dengan ikhlas secara perubatan, solat tersebut memberikan satu kekuatan yang berguna untuk ketahanan tubuh(imunologi) khususnya pada M,G,A dan limposit serta mengaktifkan kemampuan individu untuk mengatasi masalah yang dihadapi olehnya.

Dengan kata lain, peningkatan keimanan mempunyai kesan langsung kepada keadaan tubuh seseorang. Ini kerana jika iman meningkat, ia akan berfikiran positif dan bersangka baik. Maka seiring dengan seseorang itu menghadapi hidup dengan lebih baik.
sel saraf (Neuron Cell)

Menurut Soleh lagi, dalam neurologi(ilmu saraf), persepsi itu diubah menjadi impuls(rangsangan). Kalau seseorang itu tenang, maka corticotropic Releasing Factor(CRF) akan mempengaruhi Adrenocorticotropic Hormone(ACTH) dan kristol.

Teori perubatan mengatakan kalau kortisol naik, maka imunologi turun. Sebab itu, jika seseorang solat dengan baik dan ikhlas, keadaan jiwanya akan tenang dan hormon lain akan normal. Sebab itu , di barat, anak2 yang kurang cerdas akan disuntik dengan campuran ACTH supaya membantu anak tersebut menjadi cerdik.

Tetapi jika kita mengamalkan solat tahajud dengan sempurna, secara automatik ACTH naik dan hal ini membantu kecerdasan ummat Islam.

Teori Berasaskan kajian

Satu kajian dibuat melalui 41 orang pelajar Sekolah Menengah Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya. Dalam 41 orang, terdapat 23 orang yang sanggup bertahan menunaikan solat tahajud selama 2 bulan.

Solat yang bermula pukul 3 pagi hingga 4.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir. Seterusnya hormone kortisol diukur di tiga makmal di Surabaya, iaitu makmal Paramita, Prodia dan Klinika. Hasilnya ialah keadaaan tubuh badan seseorang yang rajin dan ikhlas jauh berbeza dengan orang yang tidak melakukan solat Tahajud. Mereka yang rajin mempunyai daya ketahanan tubuh dan kemampuan menghadapi masalah yang stabil.

Jadi Solat Tahajud selain ibadah, ia juga mempunyai kaitan dengan psikologi yang dapat mempengaruhi kawalan kesedaran. Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi dan positive thinking, dapat menghindarkan seseorang itu daripada stress.

Orang yang stress (tekanan jiwa) berpotensi mengalami kanser. Dengan Solat tahajud, seseorang itu akan memiliki respon imun atau kesan yang baik dan tehindar daripada infeksi dan kanser.

Dan berdasarkan kaedah perubatan menunjukkan Solat Tahajud menjadikan tubuh seseorang memiliki ketahanan yang baik, Allah berfirman " Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah" (Al-kauthar:2). Ini satu bukti bahawa akal dan fikiran manusia tidak mampu mengetahui rahsia Allah yang dianugerahkan kepada hambanya.

Dipetik daripada majalah I keluaran MAC 2006.

0 pendapat/kritikan:

Post a Comment