11/07/2009

Senarai kumpulan SC, Manhaj SC tahun 1 dan 2, Buku Panduan dan Carta kehadiran SC



Link download Senarai kumpulan SC : klik

Link download Buku panduan : klik

Link Download Carta Kehadiran dan Taqwim Manhaj SC : klik

Link download Manhaj SC tahun 1 dan 2 : Apa Erti Saya Menganut Islam --> klik







10/28/2009

Hikmah berdakwah dalam kondisi mahasiswa

sumber : Maaruf Club, IIUM

Sering kali kita mendengar orang mengatakan hendaklah berdakwah dengan cara berhikmah. Firman Allah yang bermaksud : “ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125)

Ayat ini mengandungi petunjuk bagi para rasul dan pendakwah bagaimana cara menyampaikan dakwah kepada manusia yang bermacam-macam jenis itu. Para pendakwah akan menghadapi pelbagai golongan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, ilmu dan perangai.

10/23/2009

Borang kaji selidik Smart Circle ( SC ) PCM untuk facilitator

Hantar selewat- lewatnya hari ini sebelum pukul 6 petang.

Facilitator

Nama :

Kuliah :

Tahun :

Soalan :

1) Berapa kali SC anda berjalan semenjak anda dilantik untuk menjadi facilitator pada sesi 08/09?

2) Apakah masalah anda sepanjang menjadi facilitator?

3) Adakah anak SC anda tertarik dengan pembawakan anda? Buktikan? Contoh..

4) Adakah dengan penubuhan Mentor Council beserta dengan pengisiannya dapat membantu anda dalam menjadi facilitator

5) Apakah pengisian anda, serta pendekatan anda untuk anak SC

6) Adakah dengan perlantikan anda sebagai facilitator membantu anda unutk meningkatkan “Public Relation” atau “Soft Skill” anda?

7) Adakah anda ingin menjadi facilitator untuk SC akan datang? Berikan sebab ?

8) Berikan cadangan untuk meningkatkan SC PCM

9) Adakah wajar budak bermsalah diwajibkan SC?

NB : Jawab di belakang kertas

Hantar kepada ( Ikhwah ) : Muhammad Hanif B Mahamud ( 011-2667319 ) ( maxiq77@yahoo.com )

( Akhawat ) : Syamilah bt Mohamad ( 010-0729455 ) ( mild7teen_nick@yahoo.com )



Hakcipta Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah 08/09

10/10/2009

Borang kaji selidik Smart Circle ( SC ) PERUBATAN Cawangan Mansurah

Ahli SC

Kuliah / Tahun :

Soalan :

1) Adakah SC memberikan input yang berguna kepada anda dalam pelbagai aspek eg : pegetahuan, akhlak, ibadah, dan ilmu-ilmu islam?

2) Adakah facilitator anda kerap melakukan SC sekurang – kurangnya seminggu sekali?

3) Adakah program Unit Pembangunan Insan membantu kekurangan atau kelompangan di dalam SC eg :Kursus Pengenalan Islam 1 & 2?

4) Bagaimana bentuk SC yang anda idamkan?

5) Adakan facilitator membantu anda, membimbing anda untuk menjadi manusia yang berguna

6) Adakah anda ingin SC pada tahun akan datang?

7) Adakan SC membantu anda mencapai kecemerlangan akademik?

8) Apakah harapan anda kepada Unit Pembangunan Insan PCM pada sesi akan datang?

NB : Jawab di belakang kertas

√ untuk betul dan X salah

1. Facilitator anda pasif, pendekatan stereotaip ( )

2. Saya hadapi masalah komitmen untuk hadiri SC ( )

3. SC berlaku satu hala, faci hanya bercakap ( )

4. Faci tidak menggilap kelebihan potensi saya ( )

5. Faci jarang menemui saya dan menziarahi secara personal ( )

6. Faci jarang membincangkan isu isu semasa ( )

7. Saya seorang yang pasif dalam SC ( )

8. Sc jarang diadakan dalam aktiviti ukhuwwah ( )

9. SC hanyalah ilmiah, tiada aktiviti luar ( )

Hantar kepada ( Ikhwah ) : Muhammad Hanif B Mahamud ( 011-2667319 ) ( maxiq77@yahoo.com )

( Akhawat ) : Syamilah bt Mohamad ( 010-0729455 )

Hantar selewat- lewatnya sebelum 30 Oktober 2009. Minta kerjasama semua pelajar

Hakcipta Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah 08/09


9/13/2009

Majlis Khatam Quran Balighna Ramadhan '09

sila klik untuk paparan yang lebih jelas
Sama-sama kita meriahkan lagi majlis ini. Moga mendapat naungan Rahmat Allah.

9/11/2009

Ramadhan: Amanah buat kita

Hidup "ini adalah suatu ‘assignment’

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu ,siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Kuasa dan Maha Pengampun”

(Al-Mulk : ayat 2)

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

1. Sibuk sungguh pada bulan ini..banyak tugasan yang perlu disiapkan dan perlu dibentangkan dalam mesyuarat pada hujung bulan ini. Malulah aku kalau assignment yang nak dibentangkan nanti tak diterima, lebih malu lagi kalau kena marah dengan bos..hmm

Tugasan kali ini terasa amat penting bagi aku kerana inilah peluang untuk aku tunjukkan prestasi yang cemerlang. Tuan Hafiz,pengarah syarikat telah berjanji untuk menaikkan pangkat aku aku kalau assignment aku kali ini memuaskan hatinya..katanya dia mahu yang terbaik daripada aku.. ‘best among the best’

……………………………

Alhamdulillah, tak sia-sia aku berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan assignment kali ini..jaga malam aku, duit banyak habis, letih, pegi sana pegi sini untuk cari bahan..sampai hari presentation, paperwork aku diterima dan ..mission acception! Aku sekarang dah dapat naik pangkat dan paling penting usaha aku berbalas.

2. Huh..malasnye rasa nak buat assignment ni..dahla letih,susah. Aku pun tak tau kenapa susah sangat aku nak kurbankan masa dan tenaga aku untuk buat assignment ni betul-betul. Bos dahla baik ngan aku….dia sungguh-sungguh nak tolong aku,mungkin sebab aku ni satu-satunye pekerja muslim dalam syarikat, ni yang lain Cina ngan India. Dah banyak kali dia nasihatkan aku supaya kerja rajin-rajin.

Aku ada sebulan je masa untuk siapkan assignment ni, 10 hari dah lepas habis macam tu je..lepak, main,tidur pastu makan. Takpe ,nanti seminggu nak habis aku pulun la betul-betul.

…………………………..

Arrrgh..malunye,menyesalnye….dahla assignment aku kena tolak mentah-mentah, kena kutuk pastu kena marah pulak. Malunye rasa kena campak assignment kat muka… kenapa dulu aku tak buat betul-betul? “kau ni..tak sedar diri betul..makan gaji buta ke? Dah banyak kali peluang aku bagi..tak juga berubah..kau tau, sebulan masa aku bagi kat kau untuk siapkan assignment ni betul-betul..tapi hampas je. Nah! Ambik balik kau punye assignment ni, buat sampah je kat meja aku” malunye……

Hidup ini adalah suatu assignment, wahai sahabat..anggaplah sebulan kita pada bulan Ramadhan ini sebagai suatu amanah bagi kita untuk menyediakan ‘assignment khas’ yang akan kita persembahkan pada Tuhan Yang Maha Melihat. Mengapa dalam hal keduniaan kita boleh bersungguh-sungguh berusaha untuk melaksanakan suatu tugasan sedangkan ia suatu yang belum pasti? Mengapa pula dalam hal akhirat,nak mencari keredhaan Allah kita jadi layu,lesu, malas, masih lagi membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah…seolah-olah kita tidak meyakini dengan apa yang telah Allah tawarkan pada bulan Ramadhan ini?…Bulan yang penuh dengan kerberkatan,bulan rahmat, bulan keampunan.. bukankah tawaran Allah itu suatu kepastian?

Bersamalah kita bermuhasabah semula setelah 10 hari kita di bulan Ramadhan ini..apakah kita bersungguh-sungguh untuk merebut pahala pada bulan ini dengan banyakkan beribadah. Apakah puasa kita hanya tahan makan dan minum sahaja? Sehari puasa hanyalah penuh dengan mimpi-mimpi indah di atas katil yang empuk, mata masih lagi melihat pada suatu ang diharamkan Allah,telinga mendengar umpatan dan perkara sia-sia, tangan dan kaki pula malas untuk berterawih dan bertahajjud..

Ganjaran yang Allah ingin berikan ini adalah suatu yang sangat-sangat besar dan berharga! Bayangkan jika seorang jutawan nak berikan kita harta yang banyak. Dia suruh kita datang dengan membawa bekas yang besar untuk diisi dengan harta…pasti kita akan datang dengan membawa bekas sebesar-besar alam, sanggup tunggu sehari lebih awal.. Begitulah jua dengan kita dalam mengejar perkara-perkara akhirat..pada setiap amalan kita perlulah menghasilkan taqwa kepada Allah kerana itulah yang akan dijadikan bekas untuk diisi dengan rahmat dan keampunan Allah.

Kata Saidina Ali karamallahu wajhah.. “berusahalah kamu untuk memelihara amalan kamu lebih daripada kamu berusaha untuk beramal”

Selamat beramal di bulan Ramadhan al-Mubarak ini!!

9/09/2009

Ceramah Perdana : Balighna Ramadhan 09

KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

Alhamdulillah dengan izin Allah, AJK Balighna Ramadhan '09 akan mengadakan ceramah perdana yang julung kali diadakan di Mansurah. Berikut butirannya:

Tarikh : 10.9.2009 (khamis)
Masa : 1.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Rumah Bujang Senang, Tir'ah.
Sasaran : Pelajar Sains Kesihatan Mansurah (Majoriti) dan Azhar
Tajuk : Implikasi Ramadhan, menjana mukmin sejati
Penceramah : Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain (Mantan Presiden PMRAM)



Mudah-mudahan majlis berjalan lancar dengan izin Allah. Sebarang pertanyaan tentang program boleh diajukan kepada saudara Hanif Mahamud atau Safwan Salleh.


AJK Balighna Ramadhan '09